Thursday, March 17, 2011

kursus blog di hpaic


Unit IT KPA Lahirkan 8 blogger melalui bengkel IT hpaic.

Seramai 18 orang peserta mengambil bahagian dalam Kursus Blog Anjuran Unit IT KPA pada hari Sabtu 12 Mac 2011 bermula jam 09:00 pagi hingga 4.00 petang.

Kursus bermula dengan pembentangan Modul 1 Pengenalan Google dan Blogger/Blogspot diikuti dengan cara-cara membuka akaun Google dan Blogger serta cara membina blog baru.
Modul 1: Pengenalan
1. Pengenalan Google
2. Pengenalan Blogger/Blogspot
3. Cara membuka akaun Google
4. Cara membuka akaun Blogger
5. Cara membuat blog baru


Sementara Mudul 2 memberi penekanan bagaimana memulakan penulisan artikel, memasukkan gambar dan video. Cara mengubah artikel, setting blog dan mengubahsuai rekabentuk blog juga dititik beratkan dalam kursus tersebut.
Modul 2: Pengubahsuaian
1. Bagaimana memulakan penulisan artikel
2. Bagaimana memasukkan gambar dan video
3. Bagaimana mengubah artikel
3. Bagaimana mengubah setting blog
4. Bagaimana mengubahsuai rekabentuk blog  


Kursus seperti ini memang dianggap terlalu mudah bagi mereka yang menguasai ilmu IT tetapi ianya amat berguna bagi mereka yang belum pernah menggunakan IT untuk tujuan berusaha niaga cara mudah tanpa kos yang tinggi terutama sekali bagi usahawan HPA yang menjalankan usahaniaga dari rumah.

Blog Unit IT KPA www.itkpa.blogspot.com juga akan mengeluarkan siri tutorial seperti yang terdapat di dalam kursus blog yang lalu. Terdapat beberapa penambahan akan dilakukan ke dalam tutorial tersebut kerana banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memantapkan blog.

Unit IT KPA akan mengadakan kursus peningkatan pada hari Sabtu 16April 2011 akan datang dan disarankan supaya ramai lagi akan menyertai program seumpama ini dengan bayaran yuran peserta paling minima yang tidak diperolehi ditempat lain kecuali di Menara HPAic.

Berikut merupakan blog yang berjaya dibuat ketika kursus pada 12 Mac 2011 di HPAIC. 
1.             http://hpakerinchi.blogspot.com
2.             http://wandhalalshop.blogspot.com
3.             http://stokisradixampang.blogspot.com
4.             http://stokishpadesaminium.blogspot.com
5.             http://mohdansari5075.blogspot.com
6.             http://hpaazizah.blogspot.com
7.             http://yusmyli1.blogspot.com
 Pihak KPA mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya dan kepada peserta yang berlum berjaya agar dapat menyiapkan blog mereka sendiri sebelum kursus lanjutan yang akan diadakan pada pertengahan April nanti.. 

Pihak KPA juga megucapkan berbanyak penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak pengurusan HPAIC yang memberi kerjasama dan turut mengambil bahagian seperti Pn Azira Mamat, Sdr Hasnol, Sdr Nurul Lail dan Sdr Azhar.

Friday, March 11, 2011

STOKIS HPA
alamat: lot 1028N  Jln Cempaka Kg.Sg.Kayu Ara
           Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya Sel.
TEL : 016-6206284/ 013-2858698